Tips bantu mangsa tercekik
MASALAH tercekik benda asing sebenarnya boleh berlaku di kalangan kanak-kanak mahupun orang dewasa.
Bagaimanapun, masalah tercekik benda asing di kalangan kanak-kanak tidak seharusnya dipandang ringan.
Ini kerana, kanak-kanak yang disyaki tercekik mungkin tidak sedarkan diri.
Masalah tercekik benda asing ini boleh berlaku di tempat berhampiran meja makan apabila kanak-kanak terbabit makan gula-gula, gula-gula getah atau kacang.
Kacang sering kali menjadi punca kanak-kanak tercekik, selain permainan yang dimasukkan ke dalam mulut.
Dalam kes yang serius, tercekik benda asing boleh mengakibatkan saluran pernafasan tersumbat dan akhirnya kematian jika dibiarkan tanpa rawatan.
Antara gejala yang dialami oleh kanak-kanak yang tercekik ialah:
* sukar bernafas
* muka menjadi biru
* saluran darah di leher dan kepala membengkak
* mangsa mengalami kesukaran bernafas secara tiba-tiba
Jika orang dewasa atau kanak-kanak yang berusia lebih daripada setahun, suruh mereka batuk.
Bagaimanapun, jika mangsa gagal bernafas atau tidak boleh batuk, tanya jika mangsa masih tercekik.
Bagi bayi yang berusia kurang daripada 12 bulan lakukan tindakan seperti:
* Terbalikkan bayi (pusingkan dengan keadaan muka di bawah) dan letakkan pada lengan anda.
Dengan menggunakan tapak tangan, urut bahagian belakang bayi antara kedua-dua bahu.
Jika kaedah tersebut gagal, letakkan bayi di pangkuan anda dalam keadaan duduk.
Letakkan dua jari anda pada tulang dadanya dan satu jari di bawah paras puting susunya.
Tekankan dada hingga satu ke satu setengah inci dan tekan sebanyak empat kali secepat yang mungkin.