* Latih anak bertanggungjawab terhadap barang-barang sendiri seperti beg sekolah, buku teks, alat tulis, buku tulis dan sebagainya.
* Beri peluang anak jalin hubungan baik bukan sahaja dengan ahli keluarga tetapi juga bukan keluarga dan rakan sebaya untuk memupuk kemahiran bergaul dan berjaya di sekolah.
* Gunakan bahasa yang sempurna di rumah kerana penguasaan sesuatu bahasa dengan baik dapat membantu meningkatkan kefahaman anak di sekolah.
* Asuh anak tentang kemahiran berpakaian khususnya apabila bertukar pakaian untuk latihan jasmani serta cara melipat dan menyimpan pakaian di tempat selamat.
* Latih anak menggunakan tandas secara betul seperti amalan beristinjak, menanggalkan pakaian dan memakai semula serta amalan mencuci tangan selepas ke tandas.
* Selain mengajar menggunakan telefon awam, bekalkan anak-anak dengan nombor telefon yang betul dan minta mereka hafal beberapa nombor seperti rumah, pejabat atau telefon genggam.
* Terangkan keadaan bagaimana mereka boleh menghubungi ibu bapa seperti sakit perut, demam, tertinggal bas, waktu persekolahan tamat lebih awal dan sebagainya.
* Latih anak-anak menyampaikan pesanan yang betul dalam bentuk lisan atau bertulis agar apa yang dipesan guru kepada ibu bapa dapat diingat dengan betul.
* Terangkan keadaan bila dan bagaimana untuk meminta bantuan guru atau orang dewasa seperti terjatuh, terluka, dipukul murid dan sebagainya.
* Perkenalkan anak dengan nilai wang dan banyak mana yang patut diberi apabila membeli makanan di kantin sekolah.
* Latih anak mengawasi waktu bila seharusnya mereka patut bangun tidur, mandi, gosok gigi, dan berpakaian untuk ke sekolah
* Ajar anak anda cara membaca jadual waktu sekolah. Mulakan dengan menunjukkan buku-buku berkaitan dan mengemaskannya untuk anak anda.
2 January 2008 at 11:11 am
salam.
nama saya fazrina. saya wartawan dari bahagian keluarga utusan malaysia. saya berminat utk memasukkan tips persediaan anak sekolah ke dalam ruangan keluarga. harap tiada masalah agar kita boleh bersama2 berkongsi ilmu dengan ibu bapa dan pembaca utusan malaysia.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam fazrina… saya berbesar hati dengan kesudian berkongsi tips persediaan anak sekolah dalam ruangan keluarga. Lagi pun kebanyakkan info dalam blog ini saya ambil dari keratan akhbar utusan malaysia. Jika tidak keberatan sila email rampaiseri@yahoo.com untuk maklumat seterusnya…
21 February 2008 at 7:42 pm
salam ukhuwah dari me yg inih..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam buat en_me..