GAYA HIDUP


SELAMAT MENYAMBUT 1 SYAWAL 1429H MAAF ZAHIR DAN BATIN.

sender: 019 – 8824
28-Sept-2008
07:58:35pm.

Salam kza.. mira da on da way blk kg… mira x sempat nk p bt facial kt kedai akak..
insyaAllah lps raya mira p facial kt akak… mira mntk maaf kl ada salah dn silap spanjg prkenaln kt..
slamat hari raya.. maaf zahir batin.

dr mira skeluarga.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kok d lipek sebosar kuku,
kok d bontang sebosar alam,
kok hilang d caghi,
kok hanyut d pinteh,
kok tonggolam, d solam,
kok datang nampak muko,
kok poei nampak belakang,
jauh d imbau, dokek d gamit.
Seuntai salam sjambak kato.
dogup bicagho meghisik raso.

SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN -
drp -oj- n famili.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

sender: 016-9926
30-sept-2008
03:15:00pm

selamat hari raya maaf zahir dan batin.

MATA KADANGKALA SALAH MELIHAT…
MULUT KADANGKALA SALAH BERCAKAP…
HATI KADANGKALA SALAHMENDUGA…
MAAFKANLAHSEGALA KEKHILAFANYANG PASTI ADA…

daripada Noor Rizan sekeluarga.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Cukup laa sampai sini dulu …
letih .

wangi.jpg

NOR Azmira Jadid menunjukkan sebahagian daripada produk mandian yang dihasilkan di Loji Pandu Kejuruteraan Kimia, UTM, Skudai Johor.
——————————————————————————–

Mereka sanggup menghabiskan beratus-ratus ringgit untuk mendapatkan minyak wangi tersebut demi kerana kepuasan dan prestij terutama minyak wangi dari Paris dan London.

Namun tahukah anda bahawa ramuan kandungan minyak wangi itu adalah pokok dan tumbuh-tumbuhan yang tumbuh di Asia Tenggara yang kemudiannya dibeli oleh pengeluar minyak wangi itu untuk dibawa ke negara mereka.

Dan setelah produk minyak wangi itu siap, ia akan kembali ke negara ini tetapi dijual dengan harga yang berkali-kali ganda tingginya.

Itulah antara situasi yang berlaku dalam industri pembuatan minyak wangi dan bagi mengatasinya, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai mengambil inisiatif untuk menjalankan kajian minyak wangi dan berjaya mencipta haruman ‘aroma terapi’ daripada bahan tempatan.

Menurut Pengarah Loji Pandu Kejuruteraan Kimia UTM, Prof. Ramlan Abdul Aziz, antara tumbuhan herba yang menjadi ramuan itu ialah bunga cengkih, serai, daun limau purut, kayu gaharu, bunga ros, halia, ketumbar, sirih dan banyak lagi.

Prof. Ramlan berkata, penyelidikan itu dijalankan oleh kakitangannya di loji berkenaan dan hasil kajian itu akan dikomersialkan kepada orang ramai.

Katanya, terdapat lima jenis tema yang diketengahkan dalam penyelidikan dan pembuatan minyak wangi itu iaitu haruman romantik, rehat, rangsangan, kesegaran dan ketenangan.

“Lima jenis tema aroma terapi itu dicipta untuk wanita yang akan mengutamakan aroma lembut manakala bagi lelaki pula akan mengetengahkan aroma yang agak keras.

“Haruman aroma terafi dicipta untuk menaikkan mood yang difokuskan untuk kegunaan di rumah, pejabat dan di dalam kenderaan,” katanya ketika ditemui di UTM Skudai, Johor Bahru.

Menurut Prof. Ramlan, formula mencipta aroma terapi itu adalah ciptaan kakitangan logi itu sendiri dan bertujuan menggunakan sepenuhnya sumber tempatan selain memelihara alam sekitar.

“Negara kita mempunyai 12,000 pokok serta tumbuhan herba dan seharusnya kelebihan itu digunakan sepenuhnya untuk tujuan penyelidikan termasuk dalam bidang Cosmeceutical, Nutraceutical, Biopesticide’ dan Herba Medicine,” katanya.

Beliau memberitahu dalam penciptaan minyak wangi itu, peringkat pertamanya ialah dengan mengambil pati daripada mendapatkan pokok-pokok, herba dan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di negara ini.

“Pati berkenaan kemudiannya akan diformulasikan dan dicampurkan dengan minyak zaiton sebelum proses trial and error dijalankan.

“Ia kemudiannya akan disimpan selama empat minggu dan akan disejukkan pada suhu sifar darjah celsius,” katanya.

Menurut Prof. Ramlan, pihaknya akan menyertai Pameran Penyelidikan Antarabangsa di Geneva pada 12 April depan dan akan membawa minyak wangi aroma terapi ke sana.

Prof. Ramlan berkata, kesemua proses itu dilakukan di Loji Pandu Kejuruteraan Kimia yang bernilai RM46 juta dan dilengkapi dengan beberapa peralatan canggih.

“Fungsi loji ini ialah untuk mengubah maklumat teknologi di makmal kepada maklumat kejuruteraan di sektor perindustrian selain menyediakan program Pembangunan & Penyelidikan (R&D), latihan, perkembangan teknologi dan pemasaran,” katanya.

Tambahnya, beberapa lagi projek penyelidikan akan dijalankan oleh loji berkenaan dan antaranya ialah pembuatan kicap serbuk.

KEHEBATAN seorang usahawan dinilai bukan saja berdasarkan tahap pencapaian mereka dalam bidang-bidang yang diceburi, tetapi keyakinan orang lain terhadap dirinya.

Perunding Imej, Norma Norrel berkata seseorang itu akan dinilai oleh orang lain melalui pandangan pertama mereka dengan melihat tiga aspek utama iaitu keterampilan dan sikap, bagaimana seseorang itu bercakap dan apa yang dicakapkan.

Menurut beliau, orang akan membaca sikap dan peribadi seseorang hanya melalui pergerakan mata dalam tempoh 40 saat sahaja.

Sebagai contoh katanya, sebelum membeli sesuatu produk atau barangan yang diperkenalkan, orang akan melihat penampilan mereka terlebih dahulu sebelum bertanya, melihat dan membeli barangan yang dijual.

”Bukan sesuatu yang mudah untuk meyakinkan pelanggan untuk membeli sesuatu produk, lebih-lebih lagi sikap dan ragam manusia yang sememangnya berlainan dan sukar diduga.

”Tetapi jika mereka menggunakan ketiga-tiga aspek tersebut dengan betul dan kena pada cara dan tempatnya, mereka tidak akan menghadapi masalah besar apabila berhadapan dengan pelanggan sedemikian,” katanya ketika menyampaikan ceramah Aksesori Fesyen dan Keterampilan Wanita pada Bengkel ‘Bersama D’or Ke Arah Kecemerlangan Wanita anjuran D’or Rue Sdn. Bhd. dan majalah Wanita, di sebuah hotel terkemuka, di ibu negara baru-baru ini.

Keterampilan dan sikap seseorang itu dinilai dari segi fizikal, cara berpakaian dan penyesuaian, kesihatan dan kecantikan serta penjagaan dan fesyen rambut.

Ini juga termasuk pergerakan badan, mimik muka, peradaban serta penjagaan kulit dan andaman.

Menyentuh mengenai bagaimana seseorang itu membuat penilaian ketika mereka bercakap, Norma berkata kebiasaannya orang lain tidak hanya menumpukan perhatian kepada pergerakan kepala dan badan tetapi juga gaya yang ditampilkan,

Selain itu turut diambil kira ialah dari segi mimik muka, isyarat badan, pengucapan, penyebutan dan kefasihan seseorang menuturkan kata-kata.

”penerangan juga perlu jelas dalam menyampaikan apa yang ingin diperkatakan dengan memastikan nada suara sentiasa berada dalam kawalan dan apa yang penting setiap yang diperkatakan adalah berkaitan dengan sesuatu topik yang sedang diperbincangkan,” katanya.

Menurutnya, jika seseorang itu dapat menggunakan kesemua aspek tersebut bermakna dia berjaya memberi gambaran kepada orang lain bahawa mereka menumpukan perhatian terhadap apa yang dibincangkan.

Menyentuh mengenai aspek ketiga iaitu apa yang dicakapkan, beliau berkata selain pengetahuan, turut dilihat ialah sejauh mana seseorang itu mempunyai pengalaman dan pendedahan dalam sesuatu topik yang dibincangkan.

”Mungkin seseorang itu boleh menyelitkan unsur jenaka dalam percakapan mereka dengan orang lain. Tetapi biarlah bersesuaian dengan topik dan keadaan ketika itu,” ujarnya.

Norma menambah, kesemua itu memberi gambaran secara keseluruhan bahawa orang yang sedang bercakap dengan mereka adalah seorang yang bijak, matang serta mempunyai imej yang baik dan positif.

Terdapat tiga jenis imej yang perlu diketahui dan dikaitkan dengan seseorang iaitu imej mental, imej spiritual dan imej fizikal.

Imej mental menurutnya, lebih dikaitkan dengan jiwa dan kerohanian seseorang. Sebagai contoh, seseorang yang mempunyai jiwa yang negatif seperti bersikap takut, suka membenci dan saling mendengki hanya akan memberi kesan buruk bukan sahaja kepada diri mereka sendiri tetapi juga orang lain.

”Orang lain boleh membaca keadaan seseorang itu pada masa tersebut hanya melihat mata dan air muka mereka.

”Perasaan gembira, tenang atau marah sekalipun boleh digambarkan pada air muka seseorang itu dan tentunya mereka tidak akan dapat menyembunyikannya,” ujarnya.

Manakala imej spiritual pula lebih dikaitkan dengan minda seseorang itu yang bertindak mengawal cara bercakap, berpakaian, cita rasa dan sebagainya.

”Imej fizikal pula lebih kepada apa yang membalut tubuh badan seseorang itu.

”Seseorang itu tidak harus terlalu berlebihan dan tidak terlalu kurang dalam penampilan mereka. Sebaiknya sentiasa bersederhana.

”Misalnya cara mereka berpakaian, bersolek mahupun mengenakan sebarang aksesori,” tambahnya.

Apa yang penting seseorang itu tidak memasangkan niat yang buruk bertujuan menunjuk-nunjuk kepada orang lain apa yang ada pada diri mereka.

Seseorang usahawan itu berkemungkinan sama dari segi pencapaian termasuk pelajaran, kerjaya mahupun alam rumah tangga, tetapi apa yang membezakan dengan orang lain ialah sikap mereka.

Bersikap positif amat penting bagi memastikan mereka menjadi individu yang boleh membawa diri dan disenangi oleh orang lain ke mana dan di mana sahaja.

”Setiap orang dilahirkan dengan penuh keunikan dan keistimewaan tersendiri. Apa yang perlu diketahui ialah aset yang paling berharga pada diri seseorang ialah diri mereka sendiri,” kata Norma.

Sehubungan itu, amat penting sekiranya mereka menampilkan diri secara sederhana agak tidak janggal pada pandangan orang lain.

Seorang yang bergelar usahawan seharusnya tampil dengan gaya ringkas tetapi bersesuaian dengan suasana dan majlis yang akan dihadiri.

Katanya lagi, seseorang itu tidak perlu meniru orang lain tetapi cuba sedaya upaya untuk mengubahsuai diri menjadi diri sendiri.

”Kita tidak akan jadi seperti orang lain termasuk dari segi cara penampilan, percakapan malah tahap pencapaian mereka dalam sesuatu bidang.

”Tetapi kita boleh menjadikan sikap dan cara mereka bekerja sebagai panduan positif yang boleh dipelajari dan diikuti,” ujarnya.

Sebaik-baiknya jangan beri sekalipun peluang kepada orang lain memberi pandangan dan membuat tanggapan negatif terhadap diri kita.

Oleh: ROSLAH OTHMAN

Wanita golongan atasan dan berada mungkin memilih koleksi berlian sehingga dikatakan berlian rakan karib wanita.

Namun peredaran masa membuat ramai pereka cipta barang kemas yang inovatif beralih haluan untuk menghasilkan barang kemas diperbuat daripada batu permata bermutu tinggi seperti nilam kecubung atau delima yang tidak kurang menarik, tambahan pula harganya lebih murah, bermutu dan mampu dimiliki oleh semua orang.

Tarikannya bergantung kepada kreativiti penciptanya. Bak kata Pengarah Urusan, Habib Jewels, Meer Sadik Habib, batu permata tersebut tidak kurang menarik dan mempesonakan bila dijadikan barang kemas.

Katanya lagi, wanita Malaysia daripada berbagai keturunan mudah tertarik dengan koleksi alaf baru, batu-batu permata Habib Jewels seperti cincin, loket, rantai, rantai tangan, gabungan dua atau lebih batu permata yang diimport khas dari Afrika seperti Nigeria dan Kenya.

Di pasaran antarabangsa dan setempat koleksi berwarna-warni daripada batu-batu permata mendapat sambutan hangat sejak diperkenalkan baru-baru ini.

Pelanggan antarabangsa dari California dan lain-lain bandar utama dunia hanya membuat pesanan melalui Internet.

Koleksi batu permata boleh dijadikan bahan hadiah kepada isteri, kekasih atau teman setia dengan nilai harga yang tidak terlalu mahal tetapi masih tetap bermutu dan cantik dari segi pembuatannya.

Meer Sadik percaya trend terkini wanita dapat menerima pembaharuan dalam memilih barang-barang kemas.

Mereka tidak tertumpu kepada memiliki koleksi intan berlain atau emas tulen tetapi batu-batu permata beranika warna yang cukup menawan dan harganya berpatutan.

Beliau menarik perhatian bahawa terdapat juga alternatif lain dalam membuat pilihan batu-batu yang sudah establish di pasaran, seperti batu zamrud (emerald) atau batu permata yang baru di pasaran Malaysia yang dikenali sebagai Tsavorite yang hanya terdapat di Tsavo Park, Kenya.

Batu kecubung (amethyst) pula berwarna ungu dan batu delima (ruby) tidak kurang cantik kerana warnanya yang merah jambu begitu indah bila digabungkan dengan batu-batu permata lain untuk dijadikan cincin, subang, loket, kerongsang dan sebagainya.

Batu alternatif untuk rubi ialah rubelite, permata ini banyak didapati di perut bumi Nigeria.

Batu permata ini mempunyai keistimewaan tersendiri dan boleh dipakai untuk semua musim tanpa luntur warnanya.

Meer Sadik menyentuh tentang penggunaan terma yang sering disalah-ertikan oleh sesetengah orang.

Katanya, “semua batu-batu permata seperti nilam, zamrud, kecubung, dan lain-lain tetap berharga tetapi ia hanya boleh digunakan oleh para jauhari yang tahu dan pakar mengenai nilai sebenarnya.”

Semua ini diketahuinya hasil daripada banyak membuat kajian, penyelidikan dan pembangunan dalam menilai permata.

Katanya lagi, “Saya sendiri pernah belajar mengenai gemologi di Amerika dan setiap hasil ciptaan Habib Jewels mendapat pengiktirafan institut gemologi itu.”

“Pelanggan diberi sijil setiap barang kemas yang dibelinya.

“Dengan itu mereka tidak mampu mempertikaikan ketulenan setiap barang kemas yang dibeli,” jelasnya serius.

KONSEP berpakaian dalam Islam bukan sekadar untuk menutup anggota badan dari penglihatan orang lain dan pelindung tubuh dari matahari atau udara dingin.

Sebaliknya, pakaian juga adalah lambang kesopanan dan keindahan, sekali gus mencerminkan akhlak dan budaya sesuatu bangsa.

Dalam Islam, secara tegas telah ditetapkan batas-batas berpakaian bagi menutup aurat bagi wanita mahupun lelaki.

Pun begitu, Islam tidak pernah menghalang wanita berhias dan menjaga kecantikan asalkan tidak lari daripada syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Wanita Islam di negara ini misalnya, walaupun memilih fesyen berjubah labuh dan bertudung, ia bukan penghalang untuk bergaya.

Kemunculan sebuah buku bertajuk Sopan & Anggun, terbitan Utusan Publicatian & Distributor (UP&D), sekali gus dapat memberi panduan kepada wanita bertudung cara berpakaian sesuai.

Buku tulisan Yasmin Siddik, pengasas Butik Women 2 Women ini, menampilkan pelbagai koleksi busana muslimah yang sekali gus memartabatkan cara berpakaian wanita Islam.

Menurut Yasmin, cara berpakaian wanita bertudung harus berlandaskan kepada tuntutan agama dan faktor inilah yang menjadi asas kepada cara berpakaian seseorang.

Sebaliknya bukan berdasarkan perkembangan fesyen terkini yang menjadi kayu pengukur dalam menentukan cara seseorang berpakaian.

Contohnya, kini baju ketat dan senteng adalah fesyen yang menjadi kegemaran wanita di seluruh dunia.

Berlainan dengan wanita bertudung, bukan sebarang fesyen boleh menjadi ikutan.

“Fesyen yang digunakan mestilah terlebih dahulu memenuhi tuntutan agama, iaitu tidak ketat, tidak jarang dan tidak singkat.

“Malah keanggunan sebagai seorang muslimah boleh diserlahkan dengan pilihan pakaian yang menepati ciri -ciri Islam,” katanya.

Menurut Yasmin, selain pemilihan rekaan fesyen yang betul, penggunaan fabrik yang sesuai termasuk pilihan corak dan rekaan fabrik juga harus diambil kira.

Malah penggunaan tudung yang diikuti dengan pemilihan aksesori seperti kerongsang, tas tangan dan kasut juga penting bagi memastikan penampilan sentiasa sopan dan anggun.

Katanya, wanita bertudung harus membina minda positif terhadap cara penampilan mereka agar berasa yakin dan berbangga dengan cara mereka berpakaian.

Katanya, wanita bertudung harus meletakkan diri mereka pada tahap yang lain dengan wanita yang tidak bertudung dari segi keperluan berfesyen dan berpakaian.

Ini agar mereka tidak terikut atau terbawa dengan cara berpakaian wanita tidak bertudung.

“Wanita bertudung seharusnya berada dalam kelas mereka sendiri termasuklah semua aspek berpakaian dari hujung rambut ke kasut.

“Kesemuanya harus berlandaskan kepada ciri-ciri berpakaian wanita bertudung dan bukannya berada dalam bayangan cara berfesyen dan berpakaian wanita tidak bertudung,” ujarnya

Selain itu buku setebal 132 muka surat itu turut menampilkan pelbagai jenis pakaian sesuai untuk majlis tertentu.

Ini termasuklah koleksi pakaian korporat, kasual, pakaian pengantin, ke majlis rasmi mahupun majlis tidak rasmi.

Turut dipaparkan ialah panduan-panduan bagaimana memilih dan memakai tudung, aksesori yang sesuai untuk tudung, juga pemilihan kasut.

GOLONGAN lelaki lembut terbahagi kepada pelbagai kategori iaitu transeksual, intraseksual, tranvertisme dan fetishisme.

Golongan transeksual beranggapan jantina yang dipunyainya bukan jantina yang mereka hayati.

“Jiwa mereka berbeza dengan bentuk fizikal mereka, jadi mereka ubah perwatakan dan cara berpakaian agar sesuai dengan jiwa kewanitaan,” kata Pengarah Pusat Kepakaran Reproduksi Manusia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr. Mohd Ismail Mohd. Tambi kepada Pendidikan ketika ditemui di pejabatnya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Golongan intraseksual pula, kata Dr. Ismail merupakan golongan yang dilahirkan mempunyai dua organ kelamin.

Menurutnya, corak pembesaran mereka ditentukan oleh ibu bapa ketika kecil.

Apabila tiba pada satu peringkat umur, Dr. Ismail berkata, golongan itu mula menyedari kecenderungan sendiri dan akhirnya membentuk identiti menurut naluri mereka.

“Tranvertisme pula terjadi kepada lelaki yang normal tetapi berlagak sebagai wanita melalui cara berpakaian, percakapan dan sebagainya,” katanya.

Bagaimanapun, Dr. Ismail berkata, mereka berbuat demikian sekali-sekala sahaja bertujuan inginkan keseronokan.

Selain itu, menurutnya, ada sebilangan lelaki gemar memakai pakaian dalam wanita bagi meningkatkan penghayatan seks mereka.

“Golongan itu dikenali sebagai fetishisme iaitu mereka menganggap tindakan berkenaan boleh merangsang keghairahan ketika bersetubuh,” jelasnya.

Selain itu, Dr. Ismail berkata, fenomena kecelaruan identiti seksual boleh dielakkan sekiranya ibu bapa memainkan peranan mereka dengan betul dalam membentuk peribadi anak-anak.

Jelasnya, proses pengenalan diri anak-anak bermula ketika mereka berumur empat tahun.

“Sebelum peringkat umur itu, ibu bapa yang menentukan peranan kanak-kanak tersebut sama ada menjadi lelaki atau perempuan,” katanya lagi.

Justeru, katanya, para ibu bapa mempunyai tanggungjawab untuk membentuk dan mendidik anak mengikut acuan yang betul.

Bagaimanapun, katanya, terdapat juga anak-anak yang hanya berubah apabila mereka meningkat dewasa,

“Ia biasanya berlaku apabila anak-anak tidak lagi tinggal di bawah jagaan keluarga seperti bekerja atau melanjutkan pelajaran.

“Mereka berjumpa rakan sebaya yang mempunyai naluri yang sama, jadi mereka tidak segan silu untuk menukar identiti,” jelasnya.

Sekiranya, perkara itu berlaku, Dr. Ismail berkata, ibu bapa harus memahami dan berusaha mengubahnya menerusi pendekatan nasihat dan kaunseling.

“Kecelaruan identiti seksual merupakan cabaran keluarga, jadi ibu bapa patut menanganinya dengan bijaksana dan menunjukkan contoh yang baik,”katanya.

Beliau juga berkata, masyarakat harus berfikiran terbuka dan tidak membuat penilaian negatif dalam menghadapi golongan lelaki lembut.

“Mereka juga mempunyai hak untuk menjalani kehidupan normal seperti orang lain,” katanya lagi.

Salam buat teman tersayang..
ribuan maaf kerana tak dapat membalas setiap sms, kerana ada sedikit masalah.
Sini saya mengambil kesempatan di malam Aidilfitri nan syahdu…

# SMS dari sahabat yang sempat saya rakamkan disini…
Agak menarik kata-kata dari sms yang saya terima..
Terimakasih kerana masih mengingati…

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI YANG MULIA
MAAF ZAHIR DAN BATIN
SALAH DAN SILAP RIBUAN KEMAAFAN SEKALI LAGI…
1428H

Ingatan teman buatku terharu
Ucapan sayang dipagi syawal
Salam Aidilfitri sekeluarga dariku
Bersua kita dipagi syawal…

Nak hantar kad raya posmen dah cuti,
SMS sahaja boleh ku beri.
Ikhlas dari hati yang suci
Tangan dihulur dari rampaiseri..

Berbalas sms memang pilihan
Mudah dan cepat ingatan teliti
Namun daya masalah tertekan
Seringkali reject pesanan kembali.

Hanya disini tempat merisik
Jika teman tidak berkisah
Segala idea teman yang asyik
Ku simpan kekal sentiasa indah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sent:
16:20:11
13-10-2007

Masak lemang sambil berdiri,
Hendak makan diaidilfitri,
Nak hantar kad raya posmen dah cuti,
SMS sahaja boleh ku beri.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN.

Sender:
+012…4008

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sent:
13:22:05
13-10-2007

“4 things i did wrong, 4 words which might hurt, 4 jokes u can’t take n 4 advice u can’t accept 1001 apologies,”
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

-eem-

Sender:
012…8571

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sent:
22:31:44
12-10-2007

+,,,
(“,)+Asal
((‘)=l,_raye je,
Tingat kt mmber2,
Mna taw,sy de wat slh..
Sowie ke?0-0
,,, + slMt ARie
(,”)+RaYe
,L=(‘))_Maaf Z&B…

Sender:
+012…8428

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sent:
22:25:12
12-10-2007

Slmt hari raya dari __ sekeluarga.
Maaf zahir dan batin.

Sender:
+012…5055

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sent:
22:11:31
12-10-2007

Assalamualaikum W.B.T. Buat anda sekeluarga.. Selamat Hari Raya Aidil Fitri,
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas, Maaf Zahir Dan Batin..
{ M ____ &*some text missing *

Sender:
+012…7983

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sent:
21:28:00
12-10-2007

Tangan ku hulur tak kesampaian,
Senyum ku ukir tak kelihatan,
Sms ku kirim tanda ingatan,
D aidilfitri kita bermaafan.

sLaMat HaRi RaYa..
MaAf ZaHiR & BaTiN..:)

Sender:
+017…6523

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sent:
18:34:55
12-10-2007

Ampun dan maaf andainya..
TERkasar bahasa..
TERsilap bicara..
TERmarah yang tak kena..
TERtanya tak tentu hala..
TERsasul yang tak sengaja..
TERpukul kat mana-mana..
TERpekik ditelinga..
TERhantuk dikepala..
TERpinjam hartabevda..
TERmoody tak semena-mena..
TERumpat bila-bila
TERmacam-macam lagi yang kena mengena..

Selamat Hari raya Maaf Zahir Batin – L_________________

Sender:
+019…6780

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sent:
16:39:14
12-10-2007

Takbir bergema dipagi hari,
Memecah sunyi keriangan diseri,
Sms pengganti kad raya & diri,
Bukan lupa tradisi tapi ikut teknologi dihujung jari.

Salam Aidilfitri… Maaf Zahir Batin..

Sender:
+014…5119

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sent:
14:27:13
12-10-2007

Petang raya membakar lemang
Membakar lemang sambil cerita
Aidilfitri kini datang menjelang
Tangan di hulur maaf di pinta

”Selamat Hari Raya”
”Berhati2 Di Jalan Raya”
Dgn ingatan tulus ikhlas,

~ unik~

Sender:
012…0422

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sent:
21:03:35
11-10-2007

Ya ALLAH, d’akhir ramadan yg barkah ini, muliakan dansayangi sahabatku ini. Bahagiakan keluarganya, sihatkan tubuh badannya, berkati rezekinya, kuatkan imannya.
Beri kenikmatan ibadah padanya, jauhkannya dari fitnah. Suburkan benih KEISLAMAN pada keturunannya dan masukkan dia dlm syurgaMU tanpa hisab.

Amin Ya Allah. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

Dari: D_______ Sekeluarga :-)

Sender:
013…3087

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

# Saja berbalas pulak…

Malam Aidilfitri dalam ingatan
Indahnya hari penghujung Ramadan
Mulianya bersama kita bermaafan
Ingat segala doa dan pesanan

Senyum ku ukir tak kelihatan,
Sms ku kirim tanda ingatan,
Dalam hati mekarnya ikatan,
Saling berbalas rindu pautan..

SMS pengganti kad raya dan diri,
Bukan lupa tradisi tapi ikut teknologi dihujung jari.
Apa saja datang dan pergi,
Zaman teknologi terkini kita ikuti,
Bermaafan kita sekian kali,
Hidup damai tenang begini.

Aidilfitri kini datang menjelang
Tangan di hulur maaf di pinta
Kata dan lakaran dari sayang
Bermaafan jua gembira kita.

…….

Oleh: KU SEMAN KU HUSSAIN

BAYANGKAN kalau hidup kita seperti drama swasta yang saban hari di kaca TV. Alangkah sempurnanya hidup apabila rintangan sentiasa berakhir dengan kegembiraan.

Kita akan dikelilingi oleh orang-orang yang berperwatakan stereotaip sama ada baik atau tidak.

Kalau doktor, dia pasti akan mengulangi dialog klise yang sudah beratus kali diucapkan, ”Sabarlah Encik, dia tidak apa-apa. Kecederaan dia sikit saja.”

Kita juga kena mengulangi cara-cara menunjukkan cemas di depan pintu wad kecemasan. Apabila doktor membuka pintu, terkam dan bertanyakan keadaan pesakit. Jangan persoalkan dalam wad itu hanya seorang pesakit atau banyak lagi yang lain.

Hidup dalam drama swasta juga mudah mendapat jodoh misalnya berlanggar dalam pusat membeli-belah. Kalau pelajar pula mesti berlanggar di tangga universiti. Kemudian terus bertukar alamat.

Yang baik akan terus baik walau dalam apa keadaan sekalipun. Sementara yang jahat pula akan menyesal pada akhirnya.

Hidup dalam drama swasta memang banyak rintangan. Tetapi tidak perlu bimbang kerana yang ‘baik’ selalunya akan memperoleh kejayaan dan kemurnian pada akhirnya. Atau setidak-tidak yang membuat onar akan meminta maaf dan menyalahkan dirinya yang berkelakuan buruk.

Pada saat itu, yang baik (selalunya teruk dikerjakan oleh yang onar) akan memperlihatkan kemuliaan pekertinya. Dia tidak pemarah dan jauh sekali untuk membalas dendam.

Setiap hari kita berada dalam premis sosial yang sama. Di kampung, rencahnya mesti ada wanita yang suka mengumpat, samseng kampung, budak baik dan warung tempat membuang masa.

Kalau kita di kelas elit, pasti berdepan dengan musuh dalam perniagaan yang menggunakan taktik kotor. Malah ada kalanya taktiknya tidak masuk akal. Tetapi itu bukan persoalannya kerana yang penting mahu menunjukkan yang baik akan terus baik.

Komplot juga menjadi sebahagian daripada rencah hidup. Agenda untuk menjatuhkan antara satu dengan lain penting untuk menjadikan hidup penuh dengan drama. Pendek kata tidak ubah seperti kehidupan Mahsuri atau Hang Tuah yang menjadi mangsa fitnah.

Komplot ini bukan sahaja kalangan korporat yang bersarapan di restoran lima bintang. Struktur naratif untuk mewujudkan komplot ini juga boleh terjadi di warung kopi di kampung pedalaman.

Sambil minum kopi (lagak samseng dan angkuh) mereka merancang strategi untuk menjatuhkan musuh yang selalunya orang baik, giat dalam persatuan dan berbaik-baik dengan anak gadis yang cantik di kampung berkenaan.

Alasan yang membuatkan mereka sakit hati selalunya tidak kukuh. Tetapi kerana untuk meneruskan rencah hidup yang stereotaip, mereka pun berlagak jahat sekalipun tidak tahu kenapa mereka menjadi jahat.

Apabila seorang ayah memarahi anaknya, si ibu akan menjadi orang tengah menenangkan keadaan. Kalau si anak berada dalam kesusahan, si ibu akan mengulangi dialog begini, ”Sabarlah nak.”

Hidup menjadi begitu hambar dan tidak mendebarkan. Ini kerana hampir semua langkah yang kita ambil sudah tahu penghujungnya.

Tidak ada orang yang mampu mengubah nilai stereotaip ini kerana ia telah sebati dengan penonton yang mencerminkan kehidupan mereka kepada drama swasta. Pagi, petang dan malam, masa terluang dihabiskan dengan menonton kehidupannya dalam drama swasta.

Kalau kita seorang gadis, awas kerana jodoh akan ditentukan oleh ibu dan ayah. Mereka memilih anak mak cik atau mak long kita sebagai jodoh sepanjang usia.

Seorang kontraktor pula mesti mengelek pelan ke tapak projek, pakai topi keselamatan dan tercangak-cangak melihat bangunan yang belum siap. Kemudian buka pelan seolah-olah dia tahu semuanya.

Balik ke pejabat, setiausaha dengan langkah dan aksi yang cukup klise akan menyerahkan fail dan berkata, ”Ini fail yang Encik minta.”

Kita menjalani satu rangka kehidupan yang penuh dengan kebetulan. Apabila kita teringat kepada seseorang, dia akan muncul di depan mata. ”Hah, itu pun dia datang.”

Ah, bosannya.

E-mel: kuseman@pc.jaring.my

Oleh KHALID NOORSHAH
(Yang melawat Taiwan baru-baru ini)

APAKAH yang boleh saya buat apabila seorang pemuda Yahudi dari Israel menghulurkan tangan salam persahabatan sambil menguntum senyum mesra, kecuali menyambut tangannya dan membalas senyumannya. Dan selepas saling memberitahu nama dan negara asal, masing-masing sedar bahawa dua minggu dalam bulan September 2001 adalah tempoh pertemuan dan perpisahan buat kami.

Kami faham disebabkan kedua-dua negara tidak mempunyai hubungan diplomatik, kami tidak akan dapat saling mengunjungi negara masing-masing dan berdasarkan suasana politik antarabangsa kini, ia akan menjadi halangan buat kami sehingga akhir hayat.

“Tetapi kita kawan kan?” katanya memecah kesunyian yang menyelubungi kami secara tiba-tiba. Saya hanya mengangguk dan menguntum senyum.

Berdetik juga di hati saya… nasib baik lelaki, kalaulah sang Yahudi seorang wanita dan mesra pula mungkin terdorong untuk jatuh cinta, tetapi cinta antarabangsa dua insan yang berlainan agama dan fahaman bermakna menempah ranjau dan duri dan dalam kes ini tentunya juga lautan api.

Kami berdua bertemu di ruang legar Pusat Kegiatan Belia Luar Negara Chien-tan, Taipei. Kami di antara 55 peserta Lawatan Budaya Sambil Belajar Belia Antarabangsa 2001 ke Taiwan, Republik China pada 8 hingga 21 September lalu.

Lain-lain peserta ialah dari Amerika Syarikat, Amerika Tengah, Amerika Latin, Kepulauan Caribbean, Afrika Barat, Afrika Tengah, Afrika Selatan, Eropah, Rusia, Jepun, Korea Selatan, Kepulauan Pasifik, Thailand, dan Brunei.

Bertemu dengan begitu ramai orang sememangnya menyeronokkan apatah lagi jikalau semuanya mesra dan ramah dan bersedia berkongsi pengalaman, budaya dan pendapat serta pendirian dalam banyak hal yang berkaitan dengan kerjaya, kehidupan dan ekonomi politik dunia.

Apabila menempuh hidup bersama-sama walaupun untuk satu tempoh yang pendek, kita akan rasai bahawa secara amnya, semua ingin hidup aman dan tidak mahu menyusahkan orang lain dan bertolak-ansur serta tolong-menolong sememangnya terserlah dalam fitrah setiap individu tanpa mengira kepercayaan agama, fahaman politik dan warna kulit.

Ada juga individu yang mementingkan diri dan sering mendapat apa yang dimahukan kerana orang lain lebih rela beralah daripada menimbulkan pertelingkahan dan mencetuskan suasana yang tidak menyenangkan sebab semua mahu pulang nanti dengan kenangan-kenangan manis.

Kami hidup bagaikan dalam sebuah dunia kecil dan walaupun ada masa-masanya kami berlagak seolah-olah duta kecil negara masing-masing tetapi untuk kebanyakan masanya, pergaulan kami lebih cenderung kepada pergaulan seorang insan dengan seorang insan yang lain tanpa dicampur-aduk oleh fahaman-fahaman lain.

Kami sedar kami memerlukan satu sama lain lebih-lebih lagi Taiwan adalah sebuah negara yang sangat asing kepada peserta Eropah, Amerika Syarikat, Afrika, Amerika Tengah dan Amerika Latin berbanding peserta yang datang dari Asia Tenggara.

Mereka berasa kekok terutamanya kerana rakyat Taiwan kurang yang fasih berbahasa Inggeris atau pun Perancis ataupun Sepanyol dan mereka juga tidak mengetahui dengan mendalam adat resam tempatan. Maka dengan sendirinya satu ikatan persaudaraan seolah-olah tersimpul di antara rakan-rakan dalam program berkenaan kerana kepentingan yang utama ialah masing-masing mesti menjaga keselamatan diri satu sama lain.

Ini tidak bermakna bahawa Taiwan satu tempat yang ganas, jauh daripada itu, penduduknya ramah dan mesra dan menganggap diri mereka sebagai kalangan yang mencintai keamanan.

Kejayaan besar Taiwan ialah melahirkan syarikat-syarikat yang berjaya dalam industri kecil dan sederhana. Rakyat dan kerajaannya menganggap bahawa kejayaan itu dicapai kerana mereka semua kuat bekerja. Itu satu fakta yang tidak boleh dipertikaikan, bagaimanapun, kejayaan Taiwan turut dibantu oleh masyarakat Cina luar negara yang bermastautin di benua-benua lain di luar tanah besar China.

Bagi para peserta yang bukan dari Asia Tenggara, membeli-belah di pasar malam di bandar raya Taipei ialah satu pengalaman baru yang menyeronokkan tetapi bagi saya, ia tidak ubah seperti pasar pekan Cina di Jalan Petaling, Kuala Lumpur.

Mereka juga hairan bagaimana saya boleh makan sayur sepanjang masa kerana patuh kepada kehendak agama dan menahan diri daripada memakan masakan daging, ayam dan babi yang kata mereka sungguh lazat.

Bagaimanapun, para pelayan lebih hairan dan pelik apabila melihat pemakan sayur ini tiba-tiba nampak begitu lahap memakan ikan siakap yang dikukus kerana setahu mereka pemakan sayur langsung mengelak diri daripada memakan daging waima daging ikan pun!

Kegembiraan dan rasa damai kami bagaimanapun tidak panjang kerana pada 11 September, kami warga dunia kecil di Taiwan tersentak dengan gambar-gambar siaran mengenai serangan para pengganas terhadap dua menara Pusat Perdagangan Dunia di New York, Amerika Syarikat.

Dua peserta Amerika Syarikat, seorang senator kerajaan tempatan dan seorang lagi jurutera awam terkedu dan terkelu melihat imej-imej kemusnahan yang disiarkan melalui kaca televisyen.

Kami yang turut menyaksikannya juga seolah-olah tidak percaya ia sesuatu yang benar kerana aksinya lebih mirip kepada babak-babak wayang gambar siri ataupun seperti filem-filem yang dikeluarkan oleh Hollywood untuk menunjukkan betapa hebatnya orang Amerika menyelamatkan dunia daripada serangan makhluk asing.

Melihat reaksi kedua-dua orang Amerika itu, kami dapat memahami perasaan mereka, lebih-lebih lagi Amerika sentiasa meuar-uarkan bahawa mereka mempunyai teknologi pertahanan yang serba canggih dan mereka kononnya sentiasa dapat mengawal keadaan.

Walaupun kami bersimpati dengan apa yang berlaku dan ramai yang tidak tahu apa yang patut disimpulkan daripada peristiwa itu, saya secara peribadi berpendapat apa yang berlaku sememangnya patut dijangkakan.

Sebahagian daripada punca serangan itu ialah Amerika Syarikat sendiri yang menganggap dirinya polis dunia serta benteng demokrasi tetapi tindak-tanduknya serta dasar luar negaranya terhadap krisis di Timur Tengah tidak pula demikian.

Dari satu segi, serangan itu walaupun dilakukan oleh golongan yang dipanggil media Barat sebagai pengganas tetapi dari segi lain ia juga boleh dibaca sebagai satu tindakan balas daripada kalangan yang terasa diri dan masyarakat mereka dianiaya dan ditindas. Peristiwa itu menyebabkan saya lebih peka kepada kenyataan bahawa kami semua yang berada di sini adalah hasil sejarah dan juga hasil daripada sama ada pandangan jauh para pemimpin kami yang terdahulu, ataupun ketidakupayaan para pemimpin itu untuk menentang arus yang melanda di zaman mereka.

Peserta-peserta dari Afrika Barat umpamanya, beragama Islam dan boleh berbahasa Arab tetapi mereka lebih selesa berbahasa Perancis kerana pernah menjadi jajahan Perancis dan mengikuti sistem pendidikan Perancis.

Para peserta dari Amerika Tengah dan Amerika Latin pula tidak ramai yang mengetahui bahasa ibunda mereka kerana sebagai bekas tanah jajahan Sepanyol satu masa dahulu, hampir keseluruhannya mereka menggunakan bahasa Sepanyol sebagai bahasa pengantara.

Daripada NOOR AZAM SHAIRI
(Di Peshawar, Pakistan)

KEAMANAN tak ada dijual di mana-mana di dunia ini. Jika tidak, saya telah lama membelinya untuk tanah air saya sendiri.”

Kata-kata berbau harapan sekali gus penuh kekecewaan itu diungkapkan oleh seorang kanak-kanak perempuan di Afghanistan. Kata-kata itu dipetik dari pada sebuah penerbitan bertajuk Afghanistan’s Children Speak to UN Special Session (Amanat Kanak-Kanak Afghanistan kepada Sidang Khas PBB) yang dilancarkan di Islamabad, baru-baru ini.

Kalau kata-kata itu harapan, harapan itu memang tidak akan terpenuhi. Kalau ia luahan rasa kecewa, luka kanak-kanak itu hari ini tentunya tambah parah dan jadi makin sukar diubati.

Sejak malam Isnin lalu – sejak bom pertama Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya dijatuhkan ke bumi Afghanistan, belum ada sebarang tanda ia akan berhenti, sebaliknya serangan itu dilapor akan dipertingkatkan lagi.

Seperti diduga, separuh dunia mengutuk serangan itu. Namun tiada siapa yang lebih memahami derita perang selain kanak-kanak, dan kanak-kanak Afghanistan tentulah lagi.

Bayangkan saja begini. Perangkaan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) menganggarkan lebih kurang 10 juta daripada 22 juta penduduk Afghanistan adalah mereka yang berumur bawah 18 tahun.

Kalau kita mengikuti sejarah negara itu, maknanya hampir separuh penduduknya adalah mereka yang lahir sebagai anak-anak perang, baik ketika perang menentang Soviet mahupun kemudiannya, perang saudara merebut kuasa.

Tidak sukar untuk mengetahui kesan akibat perang kepada generasi baru ini. Penerbitan yang diusahakan oleh pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa, Save the Children dengan sokongan Afghanistan Global Movement for Children (GMC) itu memberikan kita sedikit pemahaman tentang apa yang telah berlaku.

Kandungannya tidak tebal, hanya 28 halaman tetapi terasa begitu menyentuh perasaan. Penerbitan itu menghimpunkan 70 petikan suara kanak-kanak Afghanistan baik yang berada di negara itu mahupun yang merempat di negara orang sebagai pelarian.

Himpunan suara anak-anak perang itu dianggap menggambarkan dengan tepat kesan perang kepada pembangunan sosial, pertumbuhan emosi dan perkembangan kognitif kanak-kanak Afghan.

Suara anak-anak perang itu dikumpulkan hasil temu bual sukarelawan NGO dengan 1,500 kanak-kanak Afghan yang dijalankan antara bulan Mei hingga Jun lalu. Temu bual itu melibatkan kanak-kanak yang berada di lima bandar di Afghanistan – Kabul, Logar, Kandahar, Mazir-i-Sharif dan Herat – serta kem-kem pelarian di Peshawar dan Quetta di Pakistan.

Hidup di sebuah negara yang runtuh kerana perang atau merempat di negara orang sebagai pelarian sesungguhnya telah mengubah sama sekali cara hidup mereka. Seperti lazimnya kanak-kanak yang lain, mereka ada keinginan mengisi masa sepanjang hari bermain tanpa henti. Tetapi perang telah merampas nikmat zaman kanak-kanak mereka.

“Saya mahu bermain layang-layang tetapi ayah tidak beri. Saya juga tidak ada masa untuk bermain kerana harus mengambil air dan mencari kayu api, dan kemudian menjaga lembu,” keluh seorang kanak-kanak lelaki dari Logar, Afghanistan.

Perang telah merampas segala-galanya daripada tangan mereka; kasih sayang keluarga, keamanan, kemakmuran ekonomi, peluang pendidikan dan yang paling menyedihkan, masa untuk tumbuh membesar seperti kanak-kanak lain.

Kata seorang kanak-kanak yang ditemui bekerja di tepi jalan di Kabul, perang adalah punca segala masalah mereka. “Perang memusnahkan sekolah dan rumah, dan mengusir kami dari tanah air sendiri.” Kanak-kanak dipaksa bekerja di tepi jalan, atau ke Iran atau Pakistan untuk mencari kerja.

“Saya bekerja kerana miskin dan saya tiada pilihan lain. Saya mahu ke sekolah belajar seperti kanak-kanak lain tetapi kami tidak mampu membayar yuran,” kata seorang anak pelarian yang lain.

Seorang budak lelaki di Herat lebih malang lagi. Dia menceritakan bagaimana dia akan dipukul oleh ayahnya jika lembu yang dijaga menjadi kurus. “Jadi saya tiada masa untuk bermain.”

Tetapi ada bahaya lain yang lebih besar tentang perang yang panjang itu. Perang telah mengubah pemahaman kanak-kanak itu tentang makna hidup. Kerana mereka anak-anak yang lahir dalam latar perang, mereka lebih mengenal erti dendam daripada makna kasih sayang.

Seorang kanak-kanak lelaki berumur sembilan tahun dari Lembah Panjsher mahu lekas dewasa supaya boleh “memiliki sepucuk senapang dan mencari pembunuh ayah. Dan saya akan membunuhnya kerana dia membunuh ayah.”

“Ini bukan kata-kata yang kami cipta hanya untuk menagih simpati dunia,” kata Pengurus Program Save the Children, Syed Mehmood Asghar ketika kami datang ke pejabatnya untuk mengambil buku itu, Khamis lalu.

Setelah lebih 20 hari di bandar dekat sempadan ini, kami boleh memahami makna penderitaan kanak-kanak itu. Wajah anak-anak perang yang comot mukanya dengan shalwar kameez lusuh dan kotor menyambut kami ke mana-mana saja kami pergi.

Sambil makan roti nan dan kebab daging, ada yang datang mahu mengilatkan kasut demi sedikit upah. Keluar dari teksi, ada yang menarik-narik baju dan merintih “paisa, paisa” meminta duit untuk membeli roti.

Di luar kedai makan, seorang kanak-kanak disergah oleh tuan punya kedai kerana meminta duit daripada kami. Di depan hotel tempat kami menginap, hampir setiap petang, seorang kanak-kanak dalam lingkungan 12 tahun yang kudung kaki kirinya kerana jerangkap samar duduk mengemis di tepi jalan yang berdebu.

Tetapi secara adilnya, banyak yang kami lihat menjalankan perniagaan kecil-kecilan di tepi jalan. Apa saja dijual oleh mereka; alat tulis, jam dinding, tasbih, peralatan mengilat kasut dan beg plastik pembungkus barang yang biasa kita peroleh percuma di pasar-pasar raya.

Namun apa yang dirakamkan dalam buku itu bukanlah hanya suara derita. Ada juga harapan positif dan pandangan hidup yang optimis seperti kata seorang budak lelaki dari Herat yang “mahu membangunkan tanah air dengan pengetahuan dan kesedaran.”

Dan seorang kanak-kanak perempuan cukup memahami pentingnya ilmu pengetahuan yang diibaratkan sebagai “telaga yang tidak pernah kering biar sebanyak mana kita menimbanya. Orang yang tiada ilmu sama seperti keldai yang tidak tahu apa yang dipikulnya.”

Ada juga yang bercakap tentang masa depan Afghanistan yang lebih cerah. “Apabila berkeluarga nanti, saya tidak akan membiarkan anak-anak saya bersedih. Kita tidak harus membiarkan kesedihan bersarang dalam hati mereka,” kata seorang anak pelarian di Peshawar.

Tetapi mereka tahu “kalau mahu terus hidup, kita mesti menghapuskan pistol, jet pejuang dan perang.”

Kita yang berpeluang menonton saluran CNN sejak beberapa bulan lalu, tentu ingat kepada siri iklan pendek kira-kira 15 saat yang menampilkan beberapa tokoh ternama dunia daripada pemimpin politik, pakar ekonomi hinggalah kepada pemain bola sepak.

Setiap seorang mereka duduk di atas kerusi yang dikelilingi oleh sekumpulan kanak-kanak dan mengucapkan kata-kata manis betapa kanak-kanak adalah generasi akan datang yang harus dibelai dan dicurahkan kasih sayang.

Tetapi adalah sesuatu yang cukup menyakitkan apabila satu saat kita diberitahu bahawa tahun ini tahun meraikan kanak-kanak, dan pada detik yang lain kita melihat laporan berita secara langsung tentang pengeboman berterusan ke atas Afghanistan.

Benarlah kata orang, perang sebetulnya tidak pernah memberi untung kepada sesiapa kecuali barangkali pembuat dan penjual senjata. Dan kanak-kanaklah sebenarnya yang paling menderita akibat perang kerana perang sama sekali mengubah masa depan mereka.

Next Page »