WATAK


Last week rakanku melawat. Banyak yg kami bualkan. Secara ringkasnya dia amat teruja dgn langkah yg diambilnya sebelum ini. Apa yg ku perhatikan, dia ni memang tersangat sabar dgn sebuah senyuman yg sering terukir walau hatinya terluka. Lukanya memang parah dan sukar diubati, walaupun beberapa ribu kali percubaan rawatan dgn kesabaran dan tawakkal namun apa yg dia dapati cuma bicara beku. Apa lagi yg termampu dia lakukan hanya melangkah sedikit demi sedikit menuju arah kejauhan yang tak terupaya lagi. Aku memerhati linangan jernih mula jatuh perlahan-lahan membasahi sekitar matanya yang mula merenung jauh.

Sendu sebak menghalangnya dari berbicara terus, hanya aku, mampu memahami keadaan perasaan jiwanya yang amat tertekan. Kata nasihat apa pun jika ku berikan memang takkan meleraikan hatinya yang parah. “Bagaimana lagi???”… bicaranya mula sayu. Ku genggam jarinya seolah memujuk agar tenang dgn setiap keputusan yang bakal diambil. Setahu aku, dulu
kemampuannya dalam segala segi memang mengkagumkan. Kini seolahnya dia sudah hilang upaya dan pendiriannya semakin goyah dengan sikap orang yang pernah dia percayai dan hormati.

Dalam soal hati aku memang akui dia seorang yang keras hati dan amat degil disamping sikap kelembutan dan kesabaran yang diserap begitu baik sekali dimilikinya. Setiap keputusan yang diambil pasti takkan berganjak dan akan dipegangnya sampai bila-bila. Menghairankan kenapa sikapnya dulu tidak dihargai??? Setahu aku kehidupannya sudah semakin baik selepas tsunami teruk melanda hidupnya sedikit masa. Tapi bila bertemu dan mendengar bicaranya… aku memang tak duga bahawa dia cuba untuk melindungi setiap apa yang dialaminya selama ini.

Senyumannya selama ini hanya senyum begitu, kerana dia tak mahu memperlihatkan sikap hatinya yang sebenar. Baru aku tahu yang selama ini dia sering menangis dan memendam rasa bila berlaku lagi perkara tersebut. Aku menahannya dari berbicara terus, kerana pastinya akan membuatkan keadaan bertambah buruk. aku tak mahu melihatnya bersedih.

Aku turut bersedih kerana amat memahami apa yang dilaluinya. Hampir 5 minit kemudian baru dia meneruskan bicara. Perasaannya seperti “tiada perasaan lagi” dan dia tak sanggup bersama…..
Dia tak boleh berhadapan lagi, dan hatinya amat rata dan memang menunggu masa untuk pergi. Aku terkejut dgn bicaranya….

Memang sukar untuk meletakkan dimana silapnya laluan hidup dia. Jika sampai kegaris penamat yang “dinoktahnya” …. maka sukar untuk memberi “koma”. Aku memeluknya sambil membelai rambutnya yang ditutupi dgn selendang panjang. Aku tak mampu berbicara lagi….

Dia hanya mampu menganggap kawan atau sahabat jika mahu terus bersama sebagai perantaraan. Dia memang tak boleh menerimanya sejak 4 tahun yang lalu. Hatinya sudah lama pergi sejak berlaku peristiwa yang dialami selama itu. Setakat ini dia mampu berpura-pura menerima sedangkan hatinya memang sudah jauh.

Aku diam tak terkata… Begitu sekali hati rakanku ini bermain api. Kiranya kini sedang marak dan sukar terpadam. Terpulang pada kehendak hatinya. Aku berdoa semuga dia tenang selalu. Kini hampir menjelang aidilfitri, aku tidak pernah mendengar kabar beritanya. Apakah rakanku ini bahagia???

Sedangkan kesibokan diri tidak terlayan namun malam-malam begini akhirnya aku sempat berbicara jua. Aku pun turut bersedih walau arah hidup kita berlainan gaya. Kata sindiran usah peduli, kerana aku seringkali menerima dgn hati yang tabah. Tak per laa apa nak dikata, aku cuma biarkan canang dan palu berlaga sendiri. Aku tak mahu turut memukul, kerana aku letih sangat dgn rutin harian memang tak terlayan. Keletihan harian berbaloi dengan pulangan yang halal. Ini memadai buat diriku.

Kepada teman, sahabat dan kekasih yang pernah menjadi bahu yang basah dik karenah yang lalu, aku berdoa utk kalian semuga sentiasa berbahagia selalu. Maafkan ribuan maaf….
Aku berganjak namun kalian jgn ada yang masih berdendam dgn kata-kata hinaan terhadap aku.
Bersahabat dengan jujur, walau dulu aku tidak jujur. Manusia ni silapnya sukakan keseronokan jika hidupnya dirundung kelam. Maafkan dia sebab niat dan hatinya memang tak pernah untuk mempermainkan kalian. Apa yang diluahkan dan janjinya pasti akan tertunai kerana hanya itu amalan hidupnya yang hanya tinggal sisa-sisa kecil.

Rindu dan ingatannya pada seseorang amat mendalam. Cuma terpendam pilu. Walaupun kelihatannya seolah nothing …but something happen.

pendam rindu begitu mendalam
dalam kusut sering berangan
berendam mata setiap malam
hilang maksud jelma bayangan

daaaaaaaaa.

Kenapa ego manusia semakin nampak seakan kurang pandai (bodoh) jika penampilan individu terbabit seolah dialah istimewa. Ego sukar untuk mengaku silap, mengalah dan sikap jual mahal (tidak mahu berkawan) menjadikan dirinya dijauhi. Aku tak kisah dengan sikap sebegini, sedari kecil memang sudah nampak berulangkali sikap manusia ego ni. Semuanya buatkan aku mempelajari satu rasa… “aku x kisah”

“Trust no one” membuktikan ramai antara manusia yang memang dalam kategori itu. Aku selalu terbabit dalam hal yang begini dan akibatnya aku yang tersungkur. Rasa sedikit ulaman pasti
ketidakkepercayaan, jangan bagi 100 peratus kepercayaan kepada seseorang. Sebab tu agaknya aku tak punya kawan baik. I have no best friend.Tapi kawan ramai. Tak semua kawan suka nangis bersama, dan ramai juga yang suka ketawa bersama.

Berkongsi share bersama memang tidak wujud dalam serba berkawan. Serik bila terlalu baik akhirnya bila krisis terus berada dalam keadaan kritikal nak menjadi baik. Aku lebih suka baik dengan semua orang ala kadar. Tolong menolong pun ada batasnya. Manusia ni jika sering disuap, maka bertambah lapar. Masa susah muka simpati minta bantuan memang mudah mencairkan hati, bila segala selesai batang hidung dan kesan hilang jejak, walau berkali dihubungi untuk minta bantuan. Deringan memang tak layan, dan hilang jejak walau aku boleh cari muka-muka pemiutang yang tak sedar diri.

Konon kawan… janji akan selesaikan bila kesempatan ada, namun apa yang aku tahu sering pula kesana kemari bergaya lagi dengan sikap berpura dan seterusnya lupa yang beban hutangnya masih belum terbayar. Manusia seperti ini bagi aku boleh blah … sebab aku berpegang pada janji Allah….

“takkan muflis buat orang yang suka memberi pertolongan pada yang memerlukan”

Apa yang aku maksud disini, cuma luahan buat manusia yang masih berpura-pura, kerana aku takkan menerima apa-apa lagi dari kamu yang terbabit, namun sedekahkan pada yang berkehendak dengan nilai yang kamu ambil dari aku. Aku halalkan segalanya disini, kerana sukar menghubungi kamu dan kamu semua ysng terbabit.

Janji kamu seterusnya hanya berurusan dengan Allah.